Suka atau tidak 'media sosial' tetap akan mempengaruhi kehidupan kita dalam era siber ini. Walaupun UMB Jerantut adalah sebuah blog baru namun keperihatinan terhadap perkembang media sosial terutamanya blog dan facebook sudah bercambah lama dalam sanubari. Justru, kita telah lama perhatikan perkembangan blog di Jerantut ini.
Tak dapat dinafikan bahawa blog Suara Prihatin UMNO Jerantut adalah blog terawal yang menulis tentang isu-isu politik dan semasa khususnya bagi daerah Jerantut. Jika tidak silap saya blog SPU mungkin dibina sekitar awal 2008 lalu.
Yang menariknya adalah blog berkenaan telah berubah wajah dan mungkin juga polisinya beberapa kali dan jika tidak silap saya admin. nya juga turut berubah namun blog berkenaan kelihatan semakin mantap dan seakan berfungsi sebagai blog aggregator dan pembimbing kepada blog-blog lain di Jerantut ini.
Terbaru sebuah blog 'Sangkakalan News' telah disedari keujudannya dan disenaraikan didalam blog SPU Jerantut beberapa hari lepas. Kita percaya masih banyak lagi blog-blog di Jerantut yang ada tetapi tidak saja menulis mengenai politik dan isu semasa. Ada kira-kira hampir 30 buah laman blog menulis politik dan isu semasa seperti dalam senarai di blog SPU dan kita percaya bilangannya bertambah dalam kadar yang tinggi selaras dengan perkembangan dan pengetahuan mengenai media sosial di Jerantut ini sendiri.
Manakala pengguna laman Facebook Jerantut adalah dianggarkan melebihi 3000 orang. Sukar untuk mendapat angka sebenar memandangkan pengguna laman berkenaan menggunakan id / nama samaran dan tidak mencatat lokasi dimana mereka berada. Keadaan sama seperti laman blog juga.
Saya berpendapat, sekiranya sedikit usaha dilakukan dengan berpaksikan blog SPU serta bersama blogger lainnya, satu perjumpaan tertutup diantara para blogger di Jerantut diadakan bagi bersama-sama memantau dan memantapkan blog-blog yang sedia ada untuk terus dilawati para pelayar internet.
Cuma soalnya, siapakah yang harus memulakan? UMNO Bahagian sejak lama dulu memang tidak pernah beminat sama sekali terhadap memantau dan membantu mengembangkan media sosial setempat? Jadi siapa yang akan memulakan? Siapa yang akan dapat diterima oleh banyak pihak tanpa mengira fahaman politik?
0 comments:
Post a Comment