DATO' AZIZAN MEMULAKAN LANGKAH BAGAI SEORANG PAHLAWAN

Friday, June 25, 2010 ·

Beberapa hari lalu saya berpeluang bertemu sdr. blogger braveheart di Kuantan. Kesempatan itu saya ambil untuk berbincang tentang halatuju blog-blog di Pahang terutama yang melibatkan generasi pertama blogger Pahang yang sudah seakan tidak diendahkan oleh UMB Pahang. Banyak yang kami bincangkan dan banyak persetujuan dan ketetapan yang kami dapati.


Beberapa hari berselang, saya bertemu pula blogger SPU ketika di Kuala Lumpur dan perkara sama saya bincangkan dan merujuk kepada perbincangan awal antara saya dengan blogger braveheart. SPU juga punyai pandangan yang sama sepertimana yang kami perbincangkan terdahulu.

Segalanya berkisar kepada bagaimana menyatukan para blogger di Pahang dalam satu organisasi atau kumpulan. Kita melihat bahawa UMB Pahang tidak berminat ke arah itu kerana itu blogger generasi pertama Pahang terbiar dan tersisih. Namun UMB Pahang juga bukanlah komited terhadap penulisan jika ianya dianggap sebagai satu perjuangan. Kerana itu kami telah bersepakat untuk mengumpulkan blogger di Jerantut dalam satu pertemuan dalam masa terdekat ini dan membentuk satu kumpulan.

Kita percaya dengan adanya SPU dan Braveheart dan beberapa blogger lain lagi seperti Sri Tri Buana, Yang Gambi dan lain-lain maka pasti usaha ini akan beroleh kejayaan. Kita ingin tunjukkan walaupun kerajaan Pahang tidak merestui kita namun kita masih mampu bergerak sendirian dan melakukan lebih baik lagi dari apa yang UMB dan Pahang boleh lakukan.

Memandangkan Dato' Azizan Yaakob (bekas ADUN Pulau Tawar) juga seorang blogger, maka kami bercadang untuk menjemput beliau bersama dalam pertemuan ini kelak kerana kita pasti beliau sebagai pemimpin yang berwawasan dapat melihat dan menjiwai hati nurani para blogger. Kita amat berharap agar Dato' Azizan tidak akan mengecewakan harapan kita semua.

Saya masih berunding dengar mereka yang terlibat, kebanyakannya menyatakan persetujuan hanya pihak kami perlu menentukan tarikh yang sesuai untuk pertemuan yang sangat bermakna itu nanti. Kepada mereka yang masih belum saya hubungi, bersabarlah kerana saya akan hubungi dalam waktu terdekat.



3 comments:

Anonymous said...
June 26, 2010 at 5:25 PM  

KAMI SOKONG. DATO AZIZAN MEMANG LAYAK.

SEORANG MANUASIA YG KUAT IDEA MELAYUNYA.

HIDUP AZIZAN

Anonymous said...
June 26, 2010 at 6:56 PM  

UMB Jerantut,

Kami rakan-rakan blogger yang bangkit bersama Blogger Pembela Negara sangat bersetuju untuk mengadakan pertemuan bagi membentuk gagasan yang lebih mantap berjuang untuk menegakan bangsa melayu sebagaimana hasrat asal dahulu. Semoga dapat dianjurkan secepat mungkin kerana agak lama kita tidak bertemu.

Kepada rakan yang mula rasa bersendirian, terpinggir dan hilang hala tuju ayuh bangkit bersama kembali.

Terima kasih UMBJ yang memulakan gerak langkah.

unit media baru jerantut said...
June 27, 2010 at 10:08 PM  

Insyallah, akan kita adakan secepat mungkin

Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer