JERANTUT DILANDA VIRUS 'HYPO POLITYCYS'

Wednesday, August 25, 2010 · 0 comments

Jerantut sudah dilanda satu virus 'Hypo Politycys' yang membawa kepada wabak demam yang menyerang orang-orang politik serta peramal-peramal dan penyokong tokoh politik tertentu. (Istilah ini masih belum ada didalam kamus kesihatan dan perubatan)

Kebelakangan ini beberapa blog di Jerantut asyik meramal atau membuat spekulasi siapakah akan jadi calon Ahli Parlimen, siapa pula jadi calon ADUN Tahan, ADUN Pulau Tawar serta ADUN Damak?


Saya bayangkan sekiranya ini bukan bulan Ramadhan tentu 'wabak' ini lebih tidak terkawal lagi. Baca blog patpatsikulipat, Cawan Tembaga, WZWH, uRag dRrulug, menyegar, sembang kedai kopi serta ObO. Semuanya panas dengan politik siapa pemimpin dan siapa calon.


Dari maklumat yang dirisik oleh UMB Jerantut beberapa nama calon telah dinamakan bagi kerusi-kerusi tertentu termasuk DUN Damak yang dahulunya milik BN melalui MCA kini diambil alih oleh UMNO berdasarkan majoriti pengundi kaum Melayu.


Calon Ahli Parlimen yang disebut-sebut adalah Dr. Shukri ADUN Pulau Tawar dan Wan Amizan ADUN Tahan. Selain itu Nama Ahmad Daud juga disebut disamping Kamaruzaman Baria calon recycle.


Bagi Kerusi DUN Tahan, Razali Hamzah, Wan Zamzuri, Dato' Razali Sulaiman serta Halim Mahassan disebut-sebut sebagai calon yang layak.


Bagi kerusi DUN Pulau Tawar pula, Khatijah Mohd Said, Zukarmi dan Norzari Yahya telah disebut-sebut sebagai calon yang sesuai. Namun teratas waktu ini adalah Khatijah yang sangat popular sebagai petugas Seranta serta Ketua Penerangan Wanita Bahagian.


DUN Damak adalah DUN baru bagi UMNO. Namun beberapa nama dirasakan sesuai dan jadi sebutan disana antaranya Zaharuddin Abd. Rahman, Haji Rosdi serta Abdullah Din.


Semua nama-nama berkenaan masih pada peringkat cadangan dan keputusan muktamad hanya diketahui dari Pejabat MB Pahang ataupun pejabat PM dalam waktu terdekat nanti.


i



xxxci

POLITIK JERANTUT DAN BLOCK BLOG

Monday, August 23, 2010 · 6 comments

 Perkembangan politik di Jerantut semakin hangat. Beberapa buah blog di Jerantut kerap kali menulis berkenaan isu politik dan tokoh politik setempat. Secara kasarnya kedapatan 2 pihak yang menulis dan mempertahankan pihak mereka masing-masing.

Satu kumpulan kelihatan memihak kepada ADUN Tahan;
1. DUN Tahan
2. Dunia Sama Rata
3. Hakikat Politik
4. WZWH
5. ObO

Sementara di pihak yang satu lagi adalah;
1. Cawan Tembaga
2. uRag dRrulug
3. Patpatsikulipat
4. Sangkakala
5. Menyegar
6. Sembang Kedai Kopi
dan banyak lagi, sila semak di blog Suara Prihatin UMNO Jerantut
bagaimanapun, kurang jelas siapakah dibelakang blog-blog ini namun yang pastinya kesemuanya sama dalam satu suara dan menyebelahi Dr. Shukri, atau juga mungkin ada orang lain yang masih belum jelas kelihatan sekarang ini.

GELORA MELANDA POLITIK JERANTUT

Saturday, August 21, 2010 · 0 comments

Politik Jerantut semakin kucar-kacir dan caca-marba. Masing-masing pihak dengan interest masing-masing.

UMB ingin berkecuali, justru lebih baik hanya memerhatikan apa yang berlaku dan kemanakah arah tujuan masing-masing pihak itu. 

Yang nyata masing-masing pihak sudah memalu dengan perangnya. Baca blog Dunia Sama Rata, Wan Wamzuri, Dun Tahan supaya nampak lebih jelas.

Saya rasakan bahawa sesiapa yang menguasai media massa @ media sosial akan mampu memenangi peperangan saraf ini. Jangan perkecilkan peranan blog kerana regim Pak Lah telah tumbang kerana peranan blogger dan KJ sendiri telah kecundang akibat yang sama. Kerana itu demi survivalnya KJ sanggup mengupah beberapa blogger untuk perjuangkan dan menyokongnya.


Politikus Jerantut harus juga melihat ini sebagai satu senjata untuk memenangi peperangan dalam alam siber. Bagaimanapun nampaknya kebanyakan (saya ulang; kebanyakan) blog di Jerantut ini ada kecenderungan menyokong Dato' Azizan - atau mungkin juga Dato' Dr. Shukri - wallahhualam!

SKANDAL ORANG UMNO?

Monday, August 9, 2010 · 1 comments

Misteri: Kontroversi Skandal Pembantu Peribadi, Kes Kematian Mantan ADUN BN Permatang Lebih Panas Daripada Sandiwara Liwat II Anwar Saiful



Seluruh negara dikejutkan dengan "kematian misteri" bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan bekas pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat, dalam sebuah kereta di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh semalam. Apa tidaknya, kematian kedua-dua mereka yang sebelum ini dipercayai akibat kemalangan jalanraya itu tiba-tiba bertukar pula apabila hasil bedah siasat yang diperolehi menunjukkan mereka mati akibat"ditembak". Ini berikutan pihak polis menjumpai satu kesan tembahan pada tubuhya dan dua lagi tembakan pada wanita terbabit. Maknanya terdapat tiga tembakan daripada sepucuk pistol yang dijumpai dalam kenderaan terbabit. Malah, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar terdapat dua peluru yg masih berada dalam chamber pistol(revolver) manakala tiga spent bullets di dalam chamber. Apa yang menjadi misteri kita ialah apakah kedua-duanya membunuh diri atau ada perbuatan jenayah daripada individu lain?. Jika mereka membunuh diri, maknanya mereka menembak sesama sendiri dan apakah motifnya. Kedua-duanya sudah mati namun persoalannya apakah yang menjadi punca mereka membunuh diri?. Apakah terdapat "skandal cinta tiga segi"dalam hal ini. Umum mengetahui bahawa pemimpin UMNO ramai yang menjalinkan hubungan terlarang itu sejak sekian lama.


Ramai pemimpin yang mempunyai "skandal" masing-masing yang disimpan di lokasi-lokasi tertentu bagi mengelakkan diketahui oleh isteri masing-masing. Maka itulah akhirnya mereka terpaksa melakukan perbuatan yang dilarang dalam Islam bagi mengelakkan rahsia tersebut pecah atau terbongkar. Maka itulah mereka terkadang terpaksa mengambil jalan pintas termasuk "membunuh diri". Inilah hakikat yang berlaku dalam kebanyakkan kes seperti ini sebenarnya. Jika tidak, masakan seseorang itu boleh membunuh diri dalam keadaan yang penuh misteri dan cukup mencurigakan?. Jika selama ini, puak-puak UMNO BN menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahimmempunyai skandal dengan "Pembantu Peribadinya" Si Saiful Bukhari Azlan. Kini, terbukti bahawa tuduhan tersebut akhirnya"memakan diri" sendiri. Malah, lebih mengejutkan kematian misteri Datuk Aziz dengan Pembantu Peribadinya itu adalah dilarang Islam iaitu"membunuh diri". Maka fikirkanlah hikmah disebalik kejadian ini.

[Sebagai pengajarannya, kepada mereka yang bergelar pemimpin, bakal pemimpin atau mereka yang mahu menjadi pemimpin jauhi "skandal". Ia bukan sahaja akan memberi masalah malahan menyebabkan karier politik serta kerjaya seseorang itu boleh tercalar. Tambah memeritkan lagi bilamana terjadi kejadian "bunuh diri" atau "dibunuh" seperti ini. Ingatlah, Allah Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Mungkin dengan isteri dan orang disekeliling termasuk rakyat kita boleh tipu, tetapi dengan Allah?. Oleh itu, ambillah peringatan dan jangan sesekali mewujudkan skandal dalam diri masing-masing jika benar ingin berjuang dengan ikhlas untuk membela agama, bangsa dan negara. Skandal sebenarnya bukan berlaku dikalangan pemimpin UMNO BN sahaja, malahan turut melibatkan pemimpin pembangkang juga. Ini kerana ia berkaitan dengan masalah peribadi dan bukan milik mana-mana parti politik. Berhati-hati dalam setiap gerak geri serta tindakan anda].

Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer