Banyak pihak memandang sinis terhadap keupayaan blogger Pahang dibawah jenama UMB Pahang. Mereka yang dimaksudkan adalah blogger dari generasi kedua yang telah berkali-kali mennyertai kursus yang dianjurkan dibawah kepimpinan mantap Dato' Sam.
Kita faham bahawa polisi UMB Pahang adalah menganjak blogger-blogger baru untuk aktif berblog, walaupun buat masa sekarang ini mereka masih belum benar-benar mencapai tahap maksimum namun adalah dijangkakan bahawa mereka akan sampai ketahap itu menjelang PRU13 nanti.
Pada masa kini antara blog-blog dibawah UMB Pahang yang dikesan sedang aktif adalah;
2. Small Talk (Ketua UMB Pahang)
Blog UMB Jerantut adalah antara blog yang dilahirkan bagi membantu UMB Pahang terus aktif berblog menjelang PRU13 nanti kerana adalah dijangkakan pada masa itu kebanyakan blogger-blogger generasi pertama Pahang sudah tidak lagi aktif berblog dan meninggalkan aktiviti berkenaan atas alasan-alasan tertentu dan tersendiri serta dipencenkan.
Di Jerantut saja sudah terdapat beberapa blog baru yang meminati penulisan politik dan isu semasa.
1. urag drrulug
2. N9 Tahan
3. Pulau Tawar
4. ansarullah
6. menyegar
dan banyak lagi, sila lihat dilink blog SPU (klik sini)
Nampaknya blog-blog di Jerantut sudah bersedia menhadapi PRU13 kelak bagi memeriahkan kempen pilihanraya nanti. Adalah diharapkan akan dapat bersama-sama UMB Pahang terutamanya menentang Pahang Daily Online yang ternyata tersangat hebat dengan jumlah pembaca ribuan orang dalam masa sehari.
8 comments:
Salam saudara UMB Jerantut,
Saya mencadangkan saudara UMB Jerantut buat perjumpaan bersama blogger2 Jerantut yang saudara sebutkan itu secara berkala.
Saya juga terlibat dengan UMB Pahang. Saya adalah peserta bengkel Media Baru di Konvensyen UMNO Pahang UITM Februari lalu.
Saudara UMB Jerantut boleh buat perjumpaan imformal sambil minum petang, perkumpulan, mengadakan bengkel.
Jumpa saya jika saudara mahu bantuan kewangan. Saya menyokong penuh misi dan visi UMB Jerantut untuk menghadapi dakyah blogger2 pembangkang pada PRU 13.
Semoga Allah memberkati perjuangan murni saudara UMB Jerantut demi agama, bangsa dan tanahair.
Terima kasih.
Salam UMB.Saya berblog bukan atas tiket mana mana parti kerana saya sememangnya tidak berminat menjadi pecacai mana mana parti politik.Tulisan saya adalah lebih kepada memberi teguran kepada mana mana parti atau pemimpin yang tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.
Salam saudara Menyegar,
Saya hormati pendirian saudara. Kalau saudara Menyegar rasa sangat bahagia dengan pendirian neutral saudara itu maka teruskanlah...kalau itu baik buat saudara.
Saya pekerja bengkel kayu di kawasan industri jerantut membuat perabot. kadang-kadang ada juga tempahan buat keranda. sekrang sedang siapkan keranda untuk UMNO pahang atas tempahan UMB Pahang. Memang Dato' Sam ada terlibat itu pasal blog dia small talk dah 4 bulan padam. umno hidup hanya atas retorik
nampaknya WZWH ini memang bebal dan tak faham sindiran UMBJ diposting yna itu. UMBJ sindir blog UMB PPU Phg dan Blog small talk yg dah 4 bulan tak update lah ngok. Awak suruh dia buat perjumpaan berkala lah, perjumpaan santai lah, memang awk ni nampak bingai betul WZWH.
posting selamat berblog orang jerantut juga menyindir WZWH, kahkahkah tapi dia tak faham. bebal...memang bebal
Salam saudara UMB Jerantut,
Walaupun saudara UMB Jerantut tidak respon kepada komen-komen, saya ingin menyatakan di sini tidak ada guna kita buat statement perli atau sindir pada orang tertentu. Yang penting kita buat kerja dan tunjuk kerja. Saya hanya mahu membantu tapi kalau itu dikata beballah, tak faham sindiranlah itu bermakna kita orang Jerantut memang hati busuk dan suka buruk sangka pada orang
WZWH apa saya kata? Saya tak kata apa-apa pun. Awak jgnlah timbulkan masalah spt di blog2 lain. Saya ingin tenang dan bebas.
Post a Comment