Berikutan posting terdahulu kami mendapat 2 respon antaranya dari Dato' Wan Amizan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, merangkap ADUN Kawasan Tahan.
Baca dibawah ini:
Dun Tahan said...
- salam UMB Jerantut syabas saya ucapkan kepada saudara kerana berani dan masih meloetakkan harapan yangtinggi kepada kepimpinan UMNO bahagian Jerantut,namun ingin saya mengajak saudara berkongsi satu pandangan agar kita sama sama membantu UMNO,saudara seorang blogger yang aktif dan kita sama sama memperjelaskan kepada semua hal yang berkaitan dengan UMNO dan kepentingan bersama jika saudara bersetuju dengan saya lepas hari kita akjan mengadakan pertemuan dengan semua blogger jerantut
-
Anonymous said...
- Hai?? Baru skrg Dato' ini sedar pelunya dan besarnya peranan blog dalam masyarakat? Tapi tak mengapalah, sekurang-kurang sudah berubah dan ada kesedaran tak macam Ketua Penerangan tu, harap songkok je tinggi, kahkahkah
Saya berpendapat kesedaran beliau itu walaupun lewat namun tidaklah keterlaluan, kerana masih ada harapan untuk memperbaikinya lagi. Cuma kenapa beliau seorang saja yang ada kesedaran tentang peranan blog ini? Bagaimana orang lain didalam UMNO Bahagian Jerantut? Bagaimana dengan Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang sepatutnya menjalankan tugas penyebaran maklumat ini? Bahkan bagaimana pula dengan blogger Pergerakan pemuda UMNO yang satu ketika dulu nampaknya bagaikan pendekar ingin membina banyak blog termasuk blog-blog berwajah lawan untuk menghentam UMNO dari luar?
Hasrat Dato' untuk mengumpulkan blogger-blogger Jerantut dalam satu pertemuan saya kurang yakin akan berjaya kerana kebanhyakan blog Jerantut adalah blog tanpa wajah, dimana kita tidak mengetahui siaapa penulisnya dan ia boleh jadi siapa saja. Saya tidak percaya mereka akan ada keinginan untuk menghadiri pertemuan sedemikian.
Pendapat saya adalah, bina blog resmi wakili UMNO itu sendiri dan dapatkan khidmat dari mereka yang berpengalaman dan pakar dalam selok belok berblog ini bagi menjadikan blog itu segera 'boom' dan dilawati oleh ramai pembaca.
Jika kita benar-benar ingin berubah, pasti kita akan mampu berubah. Yang penting jujur dan ikhlas. Saya sangat bimbang menghadapi PRU13 nanti kerana pembangkang semakin kuat atas kelemahan kita sendiri.
xxx
2 Comments