SIAPA SAYANGKAN UMNO JERANTUT?

Thursday, July 8, 2010 ·

Dalam pada UMNO Bahagian ketandusan pemimpin untuk diangkat sebagai Ketua Bahagian seterusnya membela rakyat tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik wanita UMNO juga kelihatan retak.


Sepatutnya masing-masing boleh berpuashati namun ada antara mereka yang mungkin didesak 'mentornya' masing-masing berusaha memecahbelahkan pergerakan itu. Mungkin pada anggapan mereka ini hanya perpecahan dalam pergerakan dalam usaha merebut kuasa namun tanpa mereka sedari, mereka telah dijadikan alat untuk memecahbelahkan UMNO sebenarnya. Jadi, siapa sebenarnya sayangkan UMNO?

Memang bukan isu baru bahawa hubungan diantara Naib Ketua dengan Ketua wanita sudah tidak berapa baik berikutan insiden Naib Ketua cuba menghalang Ketua Wanita dari berucap di program Juara Rakyat DUN Pulau Tawar dulu. Selain itu Ketua Penerangan juga cuba membawa halatujunya sendiri. Beberapa jawatankuasa lainnya termasuk Kak Key sendiri dengan 'radio buruknya' kelihatan bagai memberikan tekanan kepada Ketua Wanita. 'Si Putih' nampaknya rapat mengikut KP 'Si Hitam'. Bagaimanapun keadaan semasa masih menyebelahi Ketua Wanita dengan sokongan dari Ketua Bahagian sendiri selama ini yang sentiasa mengutamakan perpaduan dalam parti.

Jika benar mereka itu sayangkan UMNO, sepatutnya mereka kembali keasal dan memberikan sokongan padu kepada Ketua Wanita demi memperkuatkan UMNO Bahagian. Jika tidak, mereka itu adalah diantara petualang-petualang yang bertanggungjawab menghancurkan UMNO.

Seperti semua sedia maklum, dalam Pergerakan Pemuda sudah berlaku perpecahan yang tidak mungkin bertaut kembali. Apabila Naib Ketua umumkan perletakkan jawatannya dalam Mesyuarat Perwakilan Pemuda baru-baru ini, pasti ianya akan ikuti dengan perletakan jawatan beberapa ahli-jawatankuasa lainnya.

Menurut apa yang kita dengar, beberapa orang AJK yang pro kepada Mustafar Maarof serta yang tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi bersimpati terhadap Naib Ketua itu akan meletakkan jawatan mereka beramai-ramai sebagai protes kepada Ketua Pergerakan dan desakkan terhadapnya. Andaikata ini berlaku dan bilangannya majoriti, tidakkah kedudukan Dato' Wan Amizan sebagai Ketua Pergerakan itu tergugat bahkan namanya juga akan tercemar.

Situasi ini jika tidak ditangani dengan betul mungkin akan mengakibatkan kedudukan Jawatankuasa yang sekarang ini tidak sah dan satu Mesyuarat semula patut diadakan bagi mendapat mandat baru kepada kepimpinan Pemuda.

Siapa sebenarnya yang sayangkan UMNO Bahagian Jerantut?

4 comments:

WZWH said...
July 8, 2010 at 11:22 AM  

Salam UMBJ,
Mustafa Maarof mengambil keputusan meletak jawatan Naib Ketua Pemuda di dalam mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tanpa ada tekanan dan krisis Pemuda secara spontan mengikut keadaan emosi Mustafa Maarof ketika itu. Semua AJK Pemuda bahagian cukup terperanjat kerana "ribut tiada masakan pokok boleh bergoyang". Tiada timbul AJK Pemuda Bahagian mahu letak jawatan untuk memalukan KP Dato' Wan Amizan. Cukuplah tugas itu dikontrakkan kepada Kamaruzaman Baria atas sokongan Dato' Wan Bakar. Ini penggal terakhir Dato' Wan Amizan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Jerantut. Dato' Wan Amizan menggalakkan semua AJK Pemuda UMNO bahagian Jerantut "GROOM" diri memasing untuk jadi Ketua Pemuda UMNO Jerantut penggal akan datang. Semua AJK Pemuda UMNO Bahagian bersemangat sekarang. WZWH sebagai AJK Pemuda UMNO bahagian Jerantut yang paling 'OTAI" dan last term dah mengucapkan selamat berjuang dan menggalakkan bakal Ketua Pemuda UMNO Jerantut akan datang buatlah kerja dan program bersungguh-sungguh dari sekarang. Dato' Wan Amizan memberi kebebasan sepenuhnya kepada semua AJK Pemuda bahagian tunjukkan skil dan kebolehan anda.

ketua pemuda cawangan batu besor said...
July 8, 2010 at 1:56 PM  

Kalau duduk sebelah sana tentu tak akan dengan bisikan sebelah sini. Adalah tidak masuk akal NKP tiba2 letak jawatan jika tidak ada apa2 berlaku. Entah siapa WZWH nak tipu kita tak tau kerana hakikatnya semua orang sudah tahu alasan perletakan jawatan tersebut. Mungkin WZWH hanya ingin menipu dirinya sendiri

WZWH said...
July 8, 2010 at 5:13 PM  

Salam KP cawangan Batu Besor,
Sampai hari ini surat perletakan jawatan Mustapha Maarof sebagai Naib Ketua Pemuda masih belum diterima oleh Penolong Setuausaha Pemuda. Boleh semak dengan saudara Zamri. Dan semasa ucapan pengulungan KP YB Dato' Wan Amizan telah menarik balik perletakan Mustafa Maarof. Ini bermakna dari segi teknikal, Mustafa Maarof masih lagi Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Jerantut kecuali menulis surat secara rasmi.

Mi Labu said...
July 9, 2010 at 4:23 PM  

Tuan WZWH,
Yang meletak jawatan Mustafar Maarof kenapa pula KP Wan Amizan yang menarik balik perletakkan jawatannya? Adakah itu boleh dikira diterima? Sebagai contoh, Abang Bu menumbuk perut boroi Wan Amizan apakah kalau Musa Kumil meminta maaf maka adakah Wan Mizan akan dikira memaafkan Abang Bu? Boleh ke macam tu> Sebab mungkin Abdng Bu tidak berniat langsung untuk meminta maaf?

Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer