SELAMAT BERBLOG ORANG JERANTUT

Monday, May 31, 2010 · 5 comments



Contoh: klip video untuk tontonan akan menambah impak kepada posting
yang ditulis (jika berkenaan / ada)



1. Posting ini saya tujukan khusus kepada blogger yang baru mengenali dunia blog di Jerantut sebagai pengenalan kepada dunia blog di negeri Pahang.

2. Saya mengikuti rapat perkembangan blogger Pahang sejak 2008. Saya mengenali ramai generasi pertama bogger Pahang antaranya Braveheart, Aku Yang Gambi, Warisan Pahang, Sri Tri Buana, Malaysia - Kingdom Of Heaven, Suara Prihatin UMNO Jerantut, Amin Chenor, Seratah, Juri Rakyat dan beberapa lagi yang seangkatan dengannya.

3. Gabungan Suara Anak Pahang (klik sini) adalah aggregator blog, yang menghimpunkan sebanyak mungkin blog-blog dari anak Pahang dari berbagai kategori penulisan. Menyenaraikan blog baru disini akan memberikan lebih peluang untuk mempromosikan blog berkenaan, sangat sesuai bagi blogger yang baru mengenali dunia blog khususnya di negeri Pahang.

4. Kebelakangan ini saya melihat blog SPU turut membantu blogger baru khususnya di Jerantut untuk mudah dicapai umum. Banyak yang SPU boleh bantu kepada blogger baru jika benar-benar mereka ingin menambah ilmu.

5. Banyak lagi yang blogger baru perlu pelajari dalam dunia berblog ini, justru haruslah selalu belajar dari yang telah lama. Merendah diri dan jangan menyombong diri, setinggi manapun IQ kita, Allah tetap meletakkan dibawah antara satu dengan yang lain.

6. Pelajari bagaimana meletak visitor counter, lain-lain widget yang perlu, foto serta video klip. Blog akan bertambah manarik dan kelihatan canggih. Blog harus kelihatan cantik dengan templates yang menarik, lengkap dengan perlalatan @ widget yang perlu dan akan membantu dalam menyelia blog masing-masing.

6. Dunia diluar sana lebih luas dari yang kita sangkakan! Sikitnya IQ kita? Hahaha! Semoga ada yang akan faham maksud tersirat yang saya sampaikan.

7. Dimana harus saya berada? Andaikan kamu tau aku, tentu kamu akan lebih memahami.



UMB DAN BIRO ICT PAHANG MASIH MEMBEKU SEMENTARA

Sunday, May 30, 2010 · 6 comments

UMB dan Biro ICT Pahang tidak akan mengubah polisi dengan merekrut blogger-blogger baru dan sudah tidak mengharap lagi pada blogger-blogger generasi pertama Pahang yang sudah dianggap tidak lagi relevan dalam keadaan semasa.


Ini telah diterjemahkan secara jelas apabila tidak seorangpun blogger generasi pertama yang diundang dalam perjumpaan yang diadakan baru-baru ini. UMB dan Biro ICT Pahang percaya kumpulan generasi baru blogger Pahang akan dapat dan mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari generasi terdahulu. Kita sedang menunggu waktu sesuai untuk menonjolkan diri dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun ada pendapat yang merasakan bahawa kumpulan ini tidak akan sampai kemana berdasarkan ketuanya yang masih sama dengan alasan bahawa blognya sendiri pun sudah tidak mampu diurus bagaimana untuk menguruskan organisasi yang lebih besar. Alasan itu tentunya merujuk kepada blog 'Small Talk' yang sudah patut ditalkinkan.

Selain itu, blog UMB Pahang juga ibarat hampir putus nafas, sekejap ada sekejap tidak. Dimana kah komitmennya terhadap penulisan blog menjadi persoalan umum.

Bagaimanapun segala ini adalah hanya sementara kerana kita percaya UMB masih belum ddapat sampai kepada momentumnya sebenar, berikanlah sedikit masa lagi kami akan berjaya membuat kejutan.

BLOGGER UMB PAHANG SEMAKIN MANTAP

Saturday, May 29, 2010 · 0 comments













































Baru-baru ini UMB dan Biro ICT Pahang telah mengadakan Majlis Perjumpaan dengan YB Dato' Mohd Shakar Bin Shamsudin di Temerloh Pahang.

Perjumpaan diadakan bagi memastikan hala tuju UMB dan ICT Pahang dapat diteruskan serta bertambah produktif dimasa akan datang.

(24/5/2010)

1. Selepas ini kita akan lihat akan banyak bercambah blog-blog yang ujud dengan pemantauan oleh Unit Media Baru Pahang. Kita akan dapati setiap daerah akan ada blog dari Unit Media Baru mereka sendiri bahkan setiap cawangan-cawang UMNO juga akan ada blog mereka sendiri.

2. Dengan seliaan UMB dan Biro ICT Pahang dibawah kendalian Dato' Sharkar dan Dato' Sam blog-blog itu nanti akan lebih hebat dalam memperjuangkan UMNO dan menangkis tohmahan lawan. Adalah diharapkan blog-blog berkenaan akan menjadi blog yang hyperaktif sepertimana blog 'Small Talk' yang sudah 4 bulan tidak diupdate-kan.

3. Dalam pertemuan tersebut tidak ada seorang pun blogger dari generasi pertama blogger Pahang yang dijemput hadir menyertai program berkenaan. Nyatalah bahawa khidmat blogger generasi pertama Pahang tidak dikehendaki dan tidak diiktiraf oleh Unit Media Baru pahang.

4. Kenyataan ini jelas apabila melihatkan link dari blog UMB Pahang yang tidak me-linkkan satu pun blog-blog dari blogger generasi pertama blogger Pahang.

5. Usaha ini adalah untuk memperkasakan dan menyatupadukan blogger Pahang supaya akan menjadi satu force yang mantap disamping memutihkan blogger pro kerajaan di Pahang. Ini seakan bermakna bahawa blog terdahulu seperti; Warisan Pahang, Sri Tri Buana, Braveheart, Aku Yang Gambi dan lain-lainnya sudah tidak diperlukan khidmatnya lagi.

6. Tanpa prejudis, sama-samalah kita tunggu hasil yang akan dibuahkan nanti.


Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer