KEHILANGAN BLOG SPU...

Thursday, September 30, 2010 · 4 comments

UMBJerantut menerima beberapa komen (tidak disiarkan) serta email dan posting terbuka dari WZWH meminta UMBJ tampil kedepan memimpin order baru blogger Jerantut. Memang link di UMBJ 100% sepertimana blog SPU dimana mempamirkan sebanyak mungkin blog-blog di Jerantut untuk bacaan ramai. UMBJ sebenarnya sudah bersedia kearah itu dan namanya UMBJ sebenarnya lebih sesuai berfungsi sebagai blog aggregator di Jerantut.


Bagaimanapun soal menjadi pemimpin kepada order baru blogger di Jerantut bukalah UMBJ sendeiri yang menentukannya, jika hendak dibandingkan sudah tentu UMBJ bukan apa-apa berbanding SPU yang merupakan antara blog terawal di Jerantut. Sudah tentu UMBJ mengharapkan SPU kembali semula, namun jika tidak, UMBJ sudah bersedia untuk menjadi sebuah blog rujukan di Jerantut ini.



MINGGU YANG GAWAT

Tuesday, September 28, 2010 · 0 comments

1. Entah kenapa blog SPU sudah tidak dapat diaksess lagi sejak kelmarin. UMBJ cuba menghubungi admin-nya beberapa kali untuk mendapat jawapannya namun gagal. Sepertimana semua sedia maklum, admin blog SPU yang tinggal di ibu kota mungkin menghadapi bebanan tugas yang berat kerana itu tidak berupaya untuk meng-update-kan blognya.


UMBJ merakamkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku itu dan berharap keadaan ini terkawal dan akan berubah kembali kepada asal dalam kadar segera. Blog SPU adalah pencetus dan pemangkin kepada pertumbuhan blog-blog di Jerantut juga bertindak sebagai Blog Aggregator di Jerantut.


2. Perkembangan politik negara semakin rancak namun mengelirukan. Mesyuarat dibeberapa cabang PKR berlangsung dalam suasana yang tidak lagi demokratik dimana ianya diisi dengan pergaduhan serta politik wang.


3. Kepergian ADUN Galas (Pas) Chek Hashim Sulaima 47, dalam Parlimen Gua Musang ke rahmatullah akan membawa kepada PRK tidak lama lagi. Kita akan lihat bagaimana politik parti-parti terbabit akan mampu meraih sokongan dengan berbagai cara - matlamat yang menghalalkan cara. Sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham.

PERLUNYA KERAJAAN MEMBERI PERHATIAN KEPADA BLOGGER

Thursday, September 23, 2010 · 0 comments

Sudah banyak blog-blog baru tumbuh di Jerantut. Satu perkembangan yang baik, atau mungkin juga tidak. Kalau tidak silap sudah ada lebih dari 30 blog menulis politik dan semasa yang di linkkan dari blog SPU, dan banyak lagi yang tidak dilinkkan dari situ.


Yang menariknya adalah bukan saja blog pro kerajaan yang semakin banyak bercambah tetapi blog pro pembangkang juga masih banyak yang sedang bercambah. Memang sebelum PRU12 lalu hanya blog Pro Pembangkang saja yang mendominasi, namun keadaan ini sudah berubah, bukan saja di Jerantut bahkan di Malaysia sendiri, sudah banyak blog pro kerajaan yang tumbuh dan melebih blog pro pembangkang.


Hanya yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah mengumpul dan menyatukan mereka dibawah satu payung supaya mereka dapat ditentukan arah dan haluannya. Dalam hal ini, Unit Media Baru Pahang patut mengambil tindakan. Malangnya apa yang jelas kelihatan adalah UMB Pahang gagal melaksanakan tugas ini sehinggakan blogger pro kerajaan juga bertindak menikam dari belakang.


Baca blog ObO bagi mengetahui tentang blogger Jerantut

PERTEMUAN BLOGGER JERANTUT?

Tuesday, September 7, 2010 · 16 comments

 Timb. Ketua UMNO Bahagian sedar kepentingan blog dan media sosial, bagaimana dengan Ketua Penerangan? Masih belum sedar untuk membangunkan media penerangan?


Berikutan posting terdahulu kami mendapat 2 respon antaranya dari Dato' Wan Amizan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, merangkap ADUN Kawasan Tahan.

Baca dibawah ini:

2 Comments


Blogger Dun Tahan said...
salam UMB Jerantut syabas saya ucapkan kepada saudara kerana berani dan masih meloetakkan harapan yangtinggi kepada kepimpinan UMNO bahagian Jerantut,namun ingin saya mengajak saudara berkongsi satu pandangan agar kita sama sama membantu UMNO,saudara seorang blogger yang aktif dan kita sama sama memperjelaskan kepada semua hal yang berkaitan dengan UMNO dan kepentingan bersama jika saudara bersetuju dengan saya lepas hari kita akjan mengadakan pertemuan dengan semua blogger jerantut
September 6, 2010 2:07 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...
Hai?? Baru skrg Dato' ini sedar pelunya dan besarnya peranan blog dalam masyarakat? Tapi tak mengapalah, sekurang-kurang sudah berubah dan ada kesedaran tak macam Ketua Penerangan tu, harap songkok je tinggi, kahkahkah
September 7, 2010 11:56 AM

Saya berpendapat kesedaran beliau itu walaupun lewat namun tidaklah keterlaluan, kerana masih ada harapan untuk memperbaikinya lagi. Cuma kenapa beliau seorang saja yang ada kesedaran tentang peranan blog ini? Bagaimana orang lain didalam UMNO Bahagian Jerantut? Bagaimana dengan Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang sepatutnya menjalankan tugas penyebaran maklumat ini? Bahkan bagaimana pula dengan blogger Pergerakan pemuda UMNO yang satu ketika dulu nampaknya bagaikan pendekar ingin membina banyak blog termasuk blog-blog berwajah lawan untuk menghentam UMNO dari luar?


Hasrat Dato' untuk mengumpulkan blogger-blogger Jerantut dalam satu pertemuan saya kurang yakin akan berjaya kerana kebanhyakan blog Jerantut adalah blog tanpa wajah, dimana kita tidak mengetahui siaapa penulisnya dan ia boleh jadi siapa saja. Saya tidak percaya mereka akan ada keinginan untuk menghadiri pertemuan sedemikian.


Pendapat saya adalah, bina blog resmi wakili UMNO itu sendiri dan dapatkan khidmat dari mereka yang berpengalaman dan pakar dalam selok belok berblog ini bagi menjadikan blog itu segera 'boom' dan dilawati oleh ramai pembaca.

Jika kita benar-benar ingin berubah, pasti kita akan mampu berubah. Yang penting jujur dan ikhlas. Saya sangat bimbang menghadapi PRU13 nanti kerana pembangkang semakin kuat atas kelemahan kita sendiri.


xxx

PENERANGAN UMNO MASIH LEMBAB

Monday, September 6, 2010 · 2 comments

 Tinggi songkok tu bang? Mcm KP kami juga nmpk nya? Hehehe..


Kebelakangan ini blog-blog penyokong UMNO (?) Jerantut kelihatan semakin ganas dalam menyatakan sesuatu. Kita sedar bahawa mereka ada agenda tertentu dan mungkin bagi pihak orang tertentu juga namun kadang-kadang pendedahan yang diubuat keterlaluan dan pasti kelak akan memberikan kesan buruk kepada parti UMNO serta pemimpin berkenaan itu sendiri.


Sampai masanya UMNO Bahagian perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan ini. Ketua Penerangan UMNO Bahagian patut tampil kehadapan dan mengambil inisiatif dengan membina laman blog resmi bagi UMNO Bahagian Jerantut guna untuk membalas tohmahan serta menyampaikan maklumat benar kepada ahli.


Memang tidak banyak UMNO Bahagian-bahagian di Pahang khususnya yang memiliki laman blog resminya. Mungkin Kuala Lipis antara yang ada atau benar-benar bersungguh-sungguh dan aktif. Selain itu mungkin Ketua Penerangan UMNOnya tidak memahami pentingnya blog atau tidak tahu peranan mereka sebagai Ketua Penerangan di era IT ini. Dan Bahagian Jerantut adalah diantara bahagian yang malang ini.


Jika Ketua Penerangan tidak mahir berblog, tidak tahu atau dalam bahasa lainnya 'buta' IT, UMB Jerantut bersedia membantu atau boleh saja berbincang dengan UMB Jerantut untuk jadikan blog ini sebagai suara resmi UMNO Bahagian. Yang pentingnya adalah keinginan untuk berubah dan bersikap positif. Jika tidak, elok saja Ketua Penerangan meletak jawatan kerana gagal berfungsi dan mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian.


Siapa sayangkan UMNO? Siapa yang ingin dan sanggup lakukan perubahan dalam UMNO? Atau kita hanya menanti hukuman rakyat dengan mengubah UMNO menjadi parti pembangkang selepas PRU13 kelak.


Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer