SIAPA KATA JERANTUT KETANDUSAN PEMIMPIN?

Friday, July 9, 2010 ·

Saya melihat bahawa blog Politik Jerantut, Sangkakala dan Suara Prihatin UMNO Jerantut berlaku tidak adil terhadap barisan kepimpinan UMNO Jerantut dengan hanya mempromosikan hanya 9 nama yang mereka fikirkan layak mengisi sebarang kekosongan yang akan berlaku akibat beberapa wakil-wakil rakyat tidak dicalonkan semula atau enggan menerima pencalonan.



Sikap beberapa blog diatas nampak sangat macam hanya menjurus kepada menyokong orang-orang tertentu saja dan tidak jujur dalam memberikan pandangan sebagai media yang bertanggungjawab kepada masyarakat.


Selain dari Nama Dato' Azizan Yaakob, Dato' Wan Abu Bakar dan Hj Kamaruzaman Baria sebagai calon Ahli Parlimen yang juga calon Ketua Bahagian, blog-blog berkenaan hanya memberikan 7 + 2 nama bagi calon ADUN Tahan dan Damak. Blog-blog Sangkakala dan SPU mencalonkan 7 nama manakala blog Politik Jerantut mencalonkan 9.

Nama yang dicadangkan adalah seperti berikut;
G7:
1. Dato' Ghazali Sulaiman (SU UMNO Bahagian)
2. Hj. Nazlan Idris (KP UMNO Bahagian)
3. Zaharuddin Abdul Rahman (Pemangku Penolong Pengerusi DUN Damak - (ada ke jawatan ini?))
4. Jalaluddin Hj Ghazali (AJK Bahagian)
5.Dato' Nazri Ngah (Naib Ketua UMNO Bahagian)
6. Wan Shamsuri Wan Abd Jalil (AJK UMNO Bahagian)
7. Ghazali Hamzah (AJK UMNO Bahagian)

G9:
Nama-nama diatas beserta
8. Cik Hartini Abdul Rahman (Ketua Puteri UMNO Bahagian)
9. Puan Norhelan Mahamud (Ketua Wanita UMNO Bahagian)


Blog UMBJ yang lebih bebas, lebih telus serta lebih bersikap adil kepada semua pihak. Dalam hal menamakan calon-calon wakil rakyat ini UMBJ berbeza pendapat dengan lain-lain blog di Jerantut dan tetap dengan pendiriannya bahawa lebih ramai lagi yang layak untuk di ketengahkan.

Jika blog PJ memaklumkan bahawa SU tidak berminat untuk dicalonkan kenapa tidak kita berikan perhatian kepada SUKU? Setiausaha Kerja UMNO, En. Mohd Hamizi Mohammad adalah seorang Setiausaha Kerja yang cekap dalam perkhidmatannya selama ini. Minatnya dalam politik sangat tinggi. Dulu beliau adalah AJK Pemuda Bahagian yang berwibawa. Beliau dilihat sangat komited dengan tugasnya dan sanggup melakukan 2 kerja dalam satu masa ibarat sambil menyelam minum air. Beliau sanggup berkerja sebagai SUKU yang tidak bias dan beliau juga berkerja sebagai ahli politik dalam UMNO juga.

Beliau juga dikhabarkan senang didekati dan disukai ramai. Tidak ada sikap riak dan sombong serta berpegang kuat dengan semangat setia kawan. Hubungannya dengan Ketua Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda serta Ketua Wanita sangat akrab. Bahkan kebelakangan dikhabarkan tersangat akrab dengan KW, juga KP. Oleh yang demikian minta pucuk pimpinan memerhatikan juga calon ini.

Selain itu wanita juga ada calon yang layak untuk jadi wakil rakyat. "Kak Key' (nama glamournya) sangat terkenal dan tersohor di Jerantut, sama ada dalam politik atau tidak. Bagi yang mendapat peruntukan dari Ahli Parlimen Jerantut selalunya akan berurusan dengan beliau. Dia seorang yang sangat jujur dan telus walaupun baru dalam politik dan mendadak naik. Beliau juga masih bertenaga untuk membuat kerja-kerja amal dan parti. Kerana itu beliau sering kelihatan bersama kawan-kawan dan temannya dimerata tempat menjalankan tanggungjawab terhadap UMNO Bahagian dan Wanita Bahagian. Beliau juga kelihatan lebih mewah dan berada serta seorang usahawan 'sub-supllier' yang berjaya yang mendapat banyak 'sub-kontrak'.

Beliau juga layak dicalonkan tetapi perlulah perlahankan 'radio buruk' nya yang kadang-kadang nyaring berkumandang mendendangkan lagu-lagu yang tidak berapa merdu. Sekali sekala beliau kelihatan lebih popular dan berpengaruh dari KW sendiri, sehingga baru-baru ini beliau berserta NKW dan KPW dibawa oleh NKUB sebagai pemerhati ke Mesyuarat Perwakilan sebuah Bahagian lain sedangkan KW sendiri ditinggalkan.

Siapa kata Jerantut kekurangan atau ketandusan tokoh-tokoh pemimpin dalam UMNO? Saya akan buat ulasan lagi akan datang dengan memperkenalkan calojn-calon lain pula yang masih berkelayakan tetapi dipinggirlan oleh media sosial Jerantut ini.

Saya juga disini ingin menegur blog Sangkakala, SPU dan Politik Jerantut supaya lebih telus dan jujur menyampaikan berita dan mencontohi UMBJ sebagai model ketelusan dan kejujuran dalam bermedia.


9 comments:

Anonymous said...
July 9, 2010 at 8:15 PM  

Salam UMBJ,
Ini baru adil dan saksama. Menulis blog jgn terlalu cenderung kepada seseorang orang politik sahaja. Bagus, saya sokong tuan

Anonymous said...
July 9, 2010 at 11:06 PM  

Media baru harus lebih adil dan bertanggungjawab dalam memberi pandangan

Anonymous said...
July 10, 2010 at 12:25 AM  

Salam.Adakah salah kalau orang mengata sememangnya UMNO bahagian Jerantut memang ketandusan pemimpin?.kalau itu jugak sebenarnya adalah kenyataan? Cuba tenggok semula senarai nama nama AJK tu.Memang pun tak ada yang layak. dah tak kan kita mesti kata mereka layak?

unit media baru jerantut said...
July 10, 2010 at 3:33 AM  

Anon 8.15, terima kasih kerana memberi sokongan kpd UMBJ yg akan cuba berlaku adil kepada semua pihak.

Anon 11.06, itu yang cuba kita lakukan.

Anon 12.25, Saya rasa tidak salah menyatakan pendapat, bahkan mengatakan UMNO Jerantut ketandusan pemimpin juga tidak salah. Kita boleh memilih yang terbaik diantara yang terbaik atau masih tetap memilih yang terbaik diantara yang kurang baik, kerana hanya itu yang kita ada. Jika mereka tidak layak, jadi siapakah yang layak?

Anonymous said...
July 13, 2010 at 3:52 PM  

kpd umbj

siapakah anda?yg menyatakan suku adalah org yg layak?sy cabar saudara buktikan pada umum?sy nk mintak sudara dptkn kos utk banner saje?klau betul suku jujur dn ikhlas?dh brape byk duit umno bhgn di cilok hanya ada sekeping kain rentang,,tu belom menda lain lg,ckup lah gaji ngan elaun yg besar umno bhgn bg....

Bekas Setiausaha Sulit Belakang said...
July 13, 2010 at 7:10 PM  

Anon 3.52,
Alah apa kita nak kira sgt sedang harga utk banner, anggaplah itu sebagai, upah atau bonus baginya yg gigih bertugas di pej. UMNO. Org lain pun buat juga. Kenapa sdr tak tanya ttg Kak Key pulak? Abg Lah Al-Kicp ke? Hj. Kulat ke? Apalah kita nak beria-ia sgt.

Anonymous said...
July 13, 2010 at 10:20 PM  

Berdasarkan tinjauan dan penelitian AJK Bahagian yang ada tu ramai juga yang punyai kelulusan; ada yang punyai kelulusan dan pengalaman yang lama dalam politik (lama jadi pemimpin cawangan dan pemuda), ada yang tak ada kelulusan tetapi punyai pengalaman dalam politik sejak dalam pemuda (pernah jadi gurka hingga kepada pemimpin pemuda), Ada yang punyai banyak duit dan ada yang hanya cukup makan sahaja, Ada yang baik, lurus/jujur dan ada yang imej samsing.

Yang nyata AJK Bhg ada yang punyai kelulusan dan pengalaman politik tetapi tak diberi peluang untuk menerajui biro dan membuktikan kebolahannya. Pengerusi Biro amat penting dalam menggerakkan aktiviti parti. Apa kata kita nilai sorang-sorang AJK tu yang benar-benar berkebolehan supaya kita dapat bintangnya yang benar-benar layak....

Anonymous said...
July 13, 2010 at 10:31 PM  

Adakah calon dari UMNO Bahagian Jerantut ini memerlukan orang yang kaya raya sehaja yang layak...., sedangkan rakyat tidak berminat dan membenci..

pembela insan dianiya said...
July 24, 2010 at 8:33 PM  

jangan menuduh sgt pd su kerja, kerana kalau tak da saudara harmizi mohamad sy rasa pengurusan umno bahagian akan kucar kacir di buat oleh org yg tidak bertanggung jawab.

saya rasa dgn ada su kerja ni lah umno jerantut boleh berjalan dengan mudah. tanya ghazali sulaiman ada harmizi menyusahkan di dlm umno.

hutang umno jerantut tak da langsung, sapa yang selesai kan benda ni semua kalau bkn dgn kebijaksanaan harmizi.

sy bkn menyokong harmizi sy tau niat beliau memang ikhlas membntu umno. sy tak pernah nampak kemewahan dari beliau.siasat apa yg saya ckp ni.

Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer