LAWATAN PM KE JERANTUT YANG DINGIN

Monday, July 5, 2010 ·

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut yang diresmikan oleh DS Najib berlangsung dengan jayanya pada 3hb. Julai 2010 lalu walaupun dalam suasana sambutan yang dingin.


Kehadiran PM hanya diiringi oleh MB Pahang tanpa exco-exco kerajaan negeri. Kita merasa agak janggal dengan keadaan ini, selain itu poster serta bendera-bendera yang meraikan sambutan PM juga tidak menggambarkan Satu Malaysia.

Banyak pihak bertanya kenapa hanya ada bendera UMNO menyambut lawatan PM kali ini? Kemana hilangnya bendera BN serta parti komponen lainnya? Kemana pula perginya bendera negeri Pahang dan bendera Malaysia?

Benar bahawa lawatan PM adalah untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut, namun Presiden UMNO itu adalah juga Perdana Menteri Malaysia. Beliau berhak disambut oleh semua rakyat Malaysia yang berada dan bermastautin di kawasan Parlimen Jerantut tanpa mengira parti politik dan keturunan.

Dimanakah kesilapan dan kealpaan pihak penganjur atau jawatankuasa sambutan? Bagaimanapun kita menganggap ini bukanlah sesuatu yang terancang walaupun kita ada rasa terkilan yang amat sangat.

Siapakah yang mampu menjawab beberapa soalan ini;
1. Kenapakah kehadiran PM hanya disambut oleh kira-kira 1,500 orang sahaja? Tidak seperti semasa lawatan Dr. Mahathir dahulu yang menyaksikan ramai rakyat yang hadir?
2. Kemanakah perginya exco kerajaan negeri Pahang? Apakah mereka tidak menyedari kehadiran PM di Jerantut? Tidak diundang? Atau memang disekat? Mungkin MB ada jawapannya?
3. Apakah ini petanda awal bahawa Parlimen Jerantut sudah perlahan-lahan dirampas pembangkang?
4. Mungkin kebencian rakyat terhadap pemimpin tertentu di UMNO Bahagian membuatkan rakyat tidak berminat untuk menyambut PM sebagai satu isyarat menolak tokoh berkenaan? (Sila baca blog SPU)
5. Mungkinkah rakyat juga sedar bahawa kehadiran PM tidak tidak menjanjikan apa-apa pun untuk rakyat Jerantut?

Saya melihat sebagai lawatan seorang PM, sambutan kepada lawatan ini adalah dingin. Kita berharap UMNO Pahang akan berkerja lebih keras supaya tidak membuka terlalu besar harapan kepada pembangkang untuk merampas Parlimen Jerantut atau DUN-DUN didalamnya.

Saya memuji kerja keras 'Abang Bu' yang masih bertugas walaupun hari sudah lewat pagi bagi memastikan banner dan bendera-bendera masih berdiri dengan tegak dan tidak di tumbangkan atau 'di rabus' oleh 'orang itu' yang sebelum itu merentap banner didalam dewan mesyuarat.

Sekali lagi terima kasih 'Abang Bu' dan 'Kak Key' yang berkerja keras dan menjadikan pejabat UMNO sebagai 'markas' nya berserta kroni bagi memastikan UMNO terus gagah. SPU telah melakukan kesilapan besar bila memperkecilkan ketokohan 'Abang Bu' selama ini.



0 comments:

Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer