MAMPUKAH MELAYU BERSATU?

Wednesday, July 21, 2010 · 0 comments




Kita hanya mencari perbezaan sesama kita dan memperbesarkannya,
sepatutnya kita mencari persamaan bagi membina penyatuan bangsa.



Mampukah bangsa Melayu bersatu? Bagaimanakah dapat bangsa Melayu bersatu? Apakah yang dapat menyatukan bangsa Melayu?


Mahukah Melayu Pas bersatu dan menyertai UMNO? Mahukah Melayu UMNO bersatu dan menyertai Pas. Jawapnya tentu sekali tidak, tidak dan tidak. Justru kita hanya ada pilihan ketiga iaitu Perkasa! Mahukah Melayu UMNO bersatu dalam Perkasa? Jawapnya ya. Mahukan Melayu Pas bersatu dalam Perkasa? Jawapannya tidak. Kerana apa tidak?


Kerana Perkasa bukan ditubuhkan oleh Pas. Kerana Perkasa ditubuhkan oleh Ibrahim Ali yang bekas ahli UMNO. Kerana Perkasa dinaungi oleh Tun Dr. Mahathir yang bekas Presiden UMNO. Kerana Pas bimbang mereka akan tenggelam didalam UMNO. Kerana memang Pas tidak ingin bersatu sesama Melayu. Kerana Pas lebih rela bersatu dengan bangsa lain bagi melemahkan kuasa Melayu UMNO untuk menjadi kuasa utama Melayu.


Kerana Perkasa juga adalah gudang barang-barang lusuh, dimana bekas-bekas pemimpin UMNO yang sudah tergelincir cuba untuk memanjat semula dan mendapatkan kuasa. Kerana itulah juga Melayu Pas melihat Perkasa sebagai sukusakat UMNO. Kerana Perkasa juga tidak benar-benar telus perjuangkan bangsa Melayu dengan membiarkan ianya dilabel sebagai UMNO. Kerana Melayu memang bangsa yang Malang!


SIAPA KATA JERANTUT KETANDUSAN PEMIMPIN?

Friday, July 9, 2010 · 9 comments

Saya melihat bahawa blog Politik Jerantut, Sangkakala dan Suara Prihatin UMNO Jerantut berlaku tidak adil terhadap barisan kepimpinan UMNO Jerantut dengan hanya mempromosikan hanya 9 nama yang mereka fikirkan layak mengisi sebarang kekosongan yang akan berlaku akibat beberapa wakil-wakil rakyat tidak dicalonkan semula atau enggan menerima pencalonan.



Sikap beberapa blog diatas nampak sangat macam hanya menjurus kepada menyokong orang-orang tertentu saja dan tidak jujur dalam memberikan pandangan sebagai media yang bertanggungjawab kepada masyarakat.


Selain dari Nama Dato' Azizan Yaakob, Dato' Wan Abu Bakar dan Hj Kamaruzaman Baria sebagai calon Ahli Parlimen yang juga calon Ketua Bahagian, blog-blog berkenaan hanya memberikan 7 + 2 nama bagi calon ADUN Tahan dan Damak. Blog-blog Sangkakala dan SPU mencalonkan 7 nama manakala blog Politik Jerantut mencalonkan 9.

Nama yang dicadangkan adalah seperti berikut;
G7:
1. Dato' Ghazali Sulaiman (SU UMNO Bahagian)
2. Hj. Nazlan Idris (KP UMNO Bahagian)
3. Zaharuddin Abdul Rahman (Pemangku Penolong Pengerusi DUN Damak - (ada ke jawatan ini?))
4. Jalaluddin Hj Ghazali (AJK Bahagian)
5.Dato' Nazri Ngah (Naib Ketua UMNO Bahagian)
6. Wan Shamsuri Wan Abd Jalil (AJK UMNO Bahagian)
7. Ghazali Hamzah (AJK UMNO Bahagian)

G9:
Nama-nama diatas beserta
8. Cik Hartini Abdul Rahman (Ketua Puteri UMNO Bahagian)
9. Puan Norhelan Mahamud (Ketua Wanita UMNO Bahagian)


Blog UMBJ yang lebih bebas, lebih telus serta lebih bersikap adil kepada semua pihak. Dalam hal menamakan calon-calon wakil rakyat ini UMBJ berbeza pendapat dengan lain-lain blog di Jerantut dan tetap dengan pendiriannya bahawa lebih ramai lagi yang layak untuk di ketengahkan.

Jika blog PJ memaklumkan bahawa SU tidak berminat untuk dicalonkan kenapa tidak kita berikan perhatian kepada SUKU? Setiausaha Kerja UMNO, En. Mohd Hamizi Mohammad adalah seorang Setiausaha Kerja yang cekap dalam perkhidmatannya selama ini. Minatnya dalam politik sangat tinggi. Dulu beliau adalah AJK Pemuda Bahagian yang berwibawa. Beliau dilihat sangat komited dengan tugasnya dan sanggup melakukan 2 kerja dalam satu masa ibarat sambil menyelam minum air. Beliau sanggup berkerja sebagai SUKU yang tidak bias dan beliau juga berkerja sebagai ahli politik dalam UMNO juga.

Beliau juga dikhabarkan senang didekati dan disukai ramai. Tidak ada sikap riak dan sombong serta berpegang kuat dengan semangat setia kawan. Hubungannya dengan Ketua Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda serta Ketua Wanita sangat akrab. Bahkan kebelakangan dikhabarkan tersangat akrab dengan KW, juga KP. Oleh yang demikian minta pucuk pimpinan memerhatikan juga calon ini.

Selain itu wanita juga ada calon yang layak untuk jadi wakil rakyat. "Kak Key' (nama glamournya) sangat terkenal dan tersohor di Jerantut, sama ada dalam politik atau tidak. Bagi yang mendapat peruntukan dari Ahli Parlimen Jerantut selalunya akan berurusan dengan beliau. Dia seorang yang sangat jujur dan telus walaupun baru dalam politik dan mendadak naik. Beliau juga masih bertenaga untuk membuat kerja-kerja amal dan parti. Kerana itu beliau sering kelihatan bersama kawan-kawan dan temannya dimerata tempat menjalankan tanggungjawab terhadap UMNO Bahagian dan Wanita Bahagian. Beliau juga kelihatan lebih mewah dan berada serta seorang usahawan 'sub-supllier' yang berjaya yang mendapat banyak 'sub-kontrak'.

Beliau juga layak dicalonkan tetapi perlulah perlahankan 'radio buruk' nya yang kadang-kadang nyaring berkumandang mendendangkan lagu-lagu yang tidak berapa merdu. Sekali sekala beliau kelihatan lebih popular dan berpengaruh dari KW sendiri, sehingga baru-baru ini beliau berserta NKW dan KPW dibawa oleh NKUB sebagai pemerhati ke Mesyuarat Perwakilan sebuah Bahagian lain sedangkan KW sendiri ditinggalkan.

Siapa kata Jerantut kekurangan atau ketandusan tokoh-tokoh pemimpin dalam UMNO? Saya akan buat ulasan lagi akan datang dengan memperkenalkan calojn-calon lain pula yang masih berkelayakan tetapi dipinggirlan oleh media sosial Jerantut ini.

Saya juga disini ingin menegur blog Sangkakala, SPU dan Politik Jerantut supaya lebih telus dan jujur menyampaikan berita dan mencontohi UMBJ sebagai model ketelusan dan kejujuran dalam bermedia.


SIAPA SAYANGKAN UMNO JERANTUT?

Thursday, July 8, 2010 · 4 comments

Dalam pada UMNO Bahagian ketandusan pemimpin untuk diangkat sebagai Ketua Bahagian seterusnya membela rakyat tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik wanita UMNO juga kelihatan retak.


Sepatutnya masing-masing boleh berpuashati namun ada antara mereka yang mungkin didesak 'mentornya' masing-masing berusaha memecahbelahkan pergerakan itu. Mungkin pada anggapan mereka ini hanya perpecahan dalam pergerakan dalam usaha merebut kuasa namun tanpa mereka sedari, mereka telah dijadikan alat untuk memecahbelahkan UMNO sebenarnya. Jadi, siapa sebenarnya sayangkan UMNO?

Memang bukan isu baru bahawa hubungan diantara Naib Ketua dengan Ketua wanita sudah tidak berapa baik berikutan insiden Naib Ketua cuba menghalang Ketua Wanita dari berucap di program Juara Rakyat DUN Pulau Tawar dulu. Selain itu Ketua Penerangan juga cuba membawa halatujunya sendiri. Beberapa jawatankuasa lainnya termasuk Kak Key sendiri dengan 'radio buruknya' kelihatan bagai memberikan tekanan kepada Ketua Wanita. 'Si Putih' nampaknya rapat mengikut KP 'Si Hitam'. Bagaimanapun keadaan semasa masih menyebelahi Ketua Wanita dengan sokongan dari Ketua Bahagian sendiri selama ini yang sentiasa mengutamakan perpaduan dalam parti.

Jika benar mereka itu sayangkan UMNO, sepatutnya mereka kembali keasal dan memberikan sokongan padu kepada Ketua Wanita demi memperkuatkan UMNO Bahagian. Jika tidak, mereka itu adalah diantara petualang-petualang yang bertanggungjawab menghancurkan UMNO.

Seperti semua sedia maklum, dalam Pergerakan Pemuda sudah berlaku perpecahan yang tidak mungkin bertaut kembali. Apabila Naib Ketua umumkan perletakkan jawatannya dalam Mesyuarat Perwakilan Pemuda baru-baru ini, pasti ianya akan ikuti dengan perletakan jawatan beberapa ahli-jawatankuasa lainnya.

Menurut apa yang kita dengar, beberapa orang AJK yang pro kepada Mustafar Maarof serta yang tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi bersimpati terhadap Naib Ketua itu akan meletakkan jawatan mereka beramai-ramai sebagai protes kepada Ketua Pergerakan dan desakkan terhadapnya. Andaikata ini berlaku dan bilangannya majoriti, tidakkah kedudukan Dato' Wan Amizan sebagai Ketua Pergerakan itu tergugat bahkan namanya juga akan tercemar.

Situasi ini jika tidak ditangani dengan betul mungkin akan mengakibatkan kedudukan Jawatankuasa yang sekarang ini tidak sah dan satu Mesyuarat semula patut diadakan bagi mendapat mandat baru kepada kepimpinan Pemuda.

Siapa sebenarnya yang sayangkan UMNO Bahagian Jerantut?

LAWATAN PM KE JERANTUT YANG DINGIN

Monday, July 5, 2010 · 0 comments

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut yang diresmikan oleh DS Najib berlangsung dengan jayanya pada 3hb. Julai 2010 lalu walaupun dalam suasana sambutan yang dingin.


Kehadiran PM hanya diiringi oleh MB Pahang tanpa exco-exco kerajaan negeri. Kita merasa agak janggal dengan keadaan ini, selain itu poster serta bendera-bendera yang meraikan sambutan PM juga tidak menggambarkan Satu Malaysia.

Banyak pihak bertanya kenapa hanya ada bendera UMNO menyambut lawatan PM kali ini? Kemana hilangnya bendera BN serta parti komponen lainnya? Kemana pula perginya bendera negeri Pahang dan bendera Malaysia?

Benar bahawa lawatan PM adalah untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut, namun Presiden UMNO itu adalah juga Perdana Menteri Malaysia. Beliau berhak disambut oleh semua rakyat Malaysia yang berada dan bermastautin di kawasan Parlimen Jerantut tanpa mengira parti politik dan keturunan.

Dimanakah kesilapan dan kealpaan pihak penganjur atau jawatankuasa sambutan? Bagaimanapun kita menganggap ini bukanlah sesuatu yang terancang walaupun kita ada rasa terkilan yang amat sangat.

Siapakah yang mampu menjawab beberapa soalan ini;
1. Kenapakah kehadiran PM hanya disambut oleh kira-kira 1,500 orang sahaja? Tidak seperti semasa lawatan Dr. Mahathir dahulu yang menyaksikan ramai rakyat yang hadir?
2. Kemanakah perginya exco kerajaan negeri Pahang? Apakah mereka tidak menyedari kehadiran PM di Jerantut? Tidak diundang? Atau memang disekat? Mungkin MB ada jawapannya?
3. Apakah ini petanda awal bahawa Parlimen Jerantut sudah perlahan-lahan dirampas pembangkang?
4. Mungkin kebencian rakyat terhadap pemimpin tertentu di UMNO Bahagian membuatkan rakyat tidak berminat untuk menyambut PM sebagai satu isyarat menolak tokoh berkenaan? (Sila baca blog SPU)
5. Mungkinkah rakyat juga sedar bahawa kehadiran PM tidak tidak menjanjikan apa-apa pun untuk rakyat Jerantut?

Saya melihat sebagai lawatan seorang PM, sambutan kepada lawatan ini adalah dingin. Kita berharap UMNO Pahang akan berkerja lebih keras supaya tidak membuka terlalu besar harapan kepada pembangkang untuk merampas Parlimen Jerantut atau DUN-DUN didalamnya.

Saya memuji kerja keras 'Abang Bu' yang masih bertugas walaupun hari sudah lewat pagi bagi memastikan banner dan bendera-bendera masih berdiri dengan tegak dan tidak di tumbangkan atau 'di rabus' oleh 'orang itu' yang sebelum itu merentap banner didalam dewan mesyuarat.

Sekali lagi terima kasih 'Abang Bu' dan 'Kak Key' yang berkerja keras dan menjadikan pejabat UMNO sebagai 'markas' nya berserta kroni bagi memastikan UMNO terus gagah. SPU telah melakukan kesilapan besar bila memperkecilkan ketokohan 'Abang Bu' selama ini.



Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer