PAS MAMPU TAWAN PAHANG JIKA...

Wednesday, June 9, 2010 ·

Kesilapan Pas/PR dalam PRU 12 yang lalu adalah kesalahan memilih calon. Jika tidak kemungkinan besar Parlimen atau pun DUN Damak sudah dapat ditawan mereka.


Banyak ahli-ahli dan penyokong Pas sendiri merasa tidak puas hati dengan pemilihan calon berkenaan. Bagaimanakah calon Parlimen dan calon DUN Damak dibiarkan dari kalangan adik-beradik? Apakah ini disengajakan atau terlepas pandang?

Bahkan calon yang bukan anak Pahang juga menjadikan alasan utama sokongan mereka berkurangan. Apakah anak Pahang sendiri tidak layak menjadi calon? Jika kita lihat di peringkat negeri, pemimpin atasan juga bukanlah dari anak Pahang. 2 persoalan yang timbul: 1) Apakah tidak ada anak Pahang atau mereka tidak layak jadi pemimpin di negeri sendiri? 2) Negeri Pahang dijadikan oleh orang luar sebagai tempat mereka mendapatkan pekerjaan kerana dinegeri mereka sendiri mereka di tolak dan tidak diingini.

Apapun, jika Pas ingin menang di Pahang, calonnya mestilah dari anak tempatan Pahang dan kepimpinan tertingginya juga mestilah anak Pahang jati. Jika tidak selama inilah Pas tidak akan mampu mengambil hati dan mendapat simnpati pengundi.

Mampukah Pas lakukan perubahan besar-besaran atau pemimpinnya masih lagi pentingkan agenda peribadinya semata-mata? Pas bukan parti yang akan menjamin kita ke syurga.

UMNO, teruslah tidur dengan lena......hahaha

3 comments:

Anonymous said...
June 10, 2010 at 12:07 AM  

Salam.sama ajelah pas ke umno ke sama sama haram jadah

Unknown said...
June 10, 2010 at 12:22 PM  

Salam,
1.Antara kelemahan UMNO ialah suka menjatuhkan pemimpin2 dengan pelbagai cara....

2.Cuba lihat parti pembangkang...mana ada bloq atau web puak mereka akan menampilkan kelemahan2 w/pun ADUN dan ADR mereka dikelantan seperti terompah kayu....

3.Keterbukaan ini sebenarnya malapetaka kepada parti...

4.Lainla kalau penubuhanyapun sudah terarah ke situ....

adibeta,
layarbiru15@gmail.com
kubang kerian,kelantan

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...
June 10, 2010 at 6:08 PM  

Salam saudara UMB Jerantut,
Saya kira parti PAS dan PR di Jerantut sebenarnya satu ancaman yang serious boleh menumbangkan parlimen Jerantut dan beberapa dun.
Sekarang ini parti DAP telah mempunyai 4 cawangan di Jerantut. Sudah tentu ini boleh menarik minat penyokong kaum cina kepada PR.
UMNO dan BN perlu sedar, bangkit dan cepat mengadakan kerjasama yang jitu di Jerantut.
Satu posting yang menarik dari UMB Jerantut. Saya menyokong usaha saudara UMB Jerantut menulis sedemikian.

Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer