DATO' AZIZAN MEMULAKAN LANGKAH BAGAI SEORANG PAHLAWAN

Friday, June 25, 2010 · 3 comments

Beberapa hari lalu saya berpeluang bertemu sdr. blogger braveheart di Kuantan. Kesempatan itu saya ambil untuk berbincang tentang halatuju blog-blog di Pahang terutama yang melibatkan generasi pertama blogger Pahang yang sudah seakan tidak diendahkan oleh UMB Pahang. Banyak yang kami bincangkan dan banyak persetujuan dan ketetapan yang kami dapati.


Beberapa hari berselang, saya bertemu pula blogger SPU ketika di Kuala Lumpur dan perkara sama saya bincangkan dan merujuk kepada perbincangan awal antara saya dengan blogger braveheart. SPU juga punyai pandangan yang sama sepertimana yang kami perbincangkan terdahulu.

Segalanya berkisar kepada bagaimana menyatukan para blogger di Pahang dalam satu organisasi atau kumpulan. Kita melihat bahawa UMB Pahang tidak berminat ke arah itu kerana itu blogger generasi pertama Pahang terbiar dan tersisih. Namun UMB Pahang juga bukanlah komited terhadap penulisan jika ianya dianggap sebagai satu perjuangan. Kerana itu kami telah bersepakat untuk mengumpulkan blogger di Jerantut dalam satu pertemuan dalam masa terdekat ini dan membentuk satu kumpulan.

Kita percaya dengan adanya SPU dan Braveheart dan beberapa blogger lain lagi seperti Sri Tri Buana, Yang Gambi dan lain-lain maka pasti usaha ini akan beroleh kejayaan. Kita ingin tunjukkan walaupun kerajaan Pahang tidak merestui kita namun kita masih mampu bergerak sendirian dan melakukan lebih baik lagi dari apa yang UMB dan Pahang boleh lakukan.

Memandangkan Dato' Azizan Yaakob (bekas ADUN Pulau Tawar) juga seorang blogger, maka kami bercadang untuk menjemput beliau bersama dalam pertemuan ini kelak kerana kita pasti beliau sebagai pemimpin yang berwawasan dapat melihat dan menjiwai hati nurani para blogger. Kita amat berharap agar Dato' Azizan tidak akan mengecewakan harapan kita semua.

Saya masih berunding dengar mereka yang terlibat, kebanyakannya menyatakan persetujuan hanya pihak kami perlu menentukan tarikh yang sesuai untuk pertemuan yang sangat bermakna itu nanti. Kepada mereka yang masih belum saya hubungi, bersabarlah kerana saya akan hubungi dalam waktu terdekat.



MEDIA SOSIAL BERKEMBANG PESAT DI JERANTUT

Friday, June 18, 2010 · 0 comments

Suka atau tidak 'media sosial' tetap akan mempengaruhi kehidupan kita dalam era siber ini. Walaupun UMB Jerantut adalah sebuah blog baru namun keperihatinan terhadap perkembang media sosial terutamanya blog dan facebook sudah bercambah lama dalam sanubari. Justru, kita telah lama perhatikan perkembangan blog di Jerantut ini.


Tak dapat dinafikan bahawa blog Suara Prihatin UMNO Jerantut adalah blog terawal yang menulis tentang isu-isu politik dan semasa khususnya bagi daerah Jerantut. Jika tidak silap saya blog SPU mungkin dibina sekitar awal 2008 lalu.

Yang menariknya adalah blog berkenaan telah berubah wajah dan mungkin juga polisinya beberapa kali dan jika tidak silap saya admin. nya juga turut berubah namun blog berkenaan kelihatan semakin mantap dan seakan berfungsi sebagai blog aggregator dan pembimbing kepada blog-blog lain di Jerantut ini.

Terbaru sebuah blog 'Sangkakalan News' telah disedari keujudannya dan disenaraikan didalam blog SPU Jerantut beberapa hari lepas. Kita percaya masih banyak lagi blog-blog di Jerantut yang ada tetapi tidak saja menulis mengenai politik dan isu semasa. Ada kira-kira hampir 30 buah laman blog menulis politik dan isu semasa seperti dalam senarai di blog SPU dan kita percaya bilangannya bertambah dalam kadar yang tinggi selaras dengan perkembangan dan pengetahuan mengenai media sosial di Jerantut ini sendiri.

Manakala pengguna laman Facebook Jerantut adalah dianggarkan melebihi 3000 orang. Sukar untuk mendapat angka sebenar memandangkan pengguna laman berkenaan menggunakan id / nama samaran dan tidak mencatat lokasi dimana mereka berada. Keadaan sama seperti laman blog juga.

Saya berpendapat, sekiranya sedikit usaha dilakukan dengan berpaksikan blog SPU serta bersama blogger lainnya, satu perjumpaan tertutup diantara para blogger di Jerantut diadakan bagi bersama-sama memantau dan memantapkan blog-blog yang sedia ada untuk terus dilawati para pelayar internet.

Cuma soalnya, siapakah yang harus memulakan? UMNO Bahagian sejak lama dulu memang tidak pernah beminat sama sekali terhadap memantau dan membantu mengembangkan media sosial setempat? Jadi siapa yang akan memulakan? Siapa yang akan dapat diterima oleh banyak pihak tanpa mengira fahaman politik?

PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN JERANTUT: CALON-CALONNYA ADALAH....

Thursday, June 17, 2010 · 21 comments

Dengar khabarnya Dato' Wan Amizan adakah pertemuan sulit dengan Dato' Azizan Yaakob tak lama dulu. Dato' Wan Amizan datang bertemu Dato' Azizan bagi pertemuan 4 mata. Khabarnya bincangkan mengenai politik semasa dan memperkasakan UMNO Bahagian.


Walaupun apa perbincangann mereka dalam merancang apa strategi sekalipun, orang Jerantut harus tetapkan hati dalam memilih pemimpin nanti. Pemimpin haruslah yang bijaksana dan jangan sekali-kali mereka yang hanya pandai berdusta semata-mata. Pemimpin harus utamakan rakyat bukan pentingkan diri sendiri dan kroni.

Mungkin juga kerana ada pihak merasakan bahawa Dato' Azizan mendapat sokongan kuat dari kebanyakan blogger di Jerantut dan kekuatannya semakin bertambah. Dato' Azizan juga seorang blogger yang mengendalikan 2 laman blognya. Beliau seorang pemikir dan hebat. Ideanya nampak bernas dan beliau seorang pengkritik yang tajam.

Dato' Azizan layak jadi Ketua Bahagian jika ada kekosongan. Jalaluddin layak mencuba nasib untuk jawatan Timbalan Ketua. Ketua Pemuda sewajarnyalah Wan Zamzuri, seorang tokoh muda yang bijaksana lagi bijaksini. Ketua Wanita juga eloklah yang cerdik, Siti Hajar mungkin sesuai jika tidak terlalu sombong dan besar diri serta terlalu banyak campur tangan tangan-tangan ghaib dan suami.

Mungkin itu gandingan mantap bagi UMNO Bahagian Jerantut akan datang. Kita harus berani berubah dan berani juga untuk mengubahnya. Perwakilan harus berusaha bagi memperkasanan UMNO Jerantut bersungguh-sungguh.


UMNO SEMAKIN LUPA PERJUANGKAN BANGSA MELAYU?

Tuesday, June 15, 2010 · 0 comments

Entah dimana silapnya sehingga UMNO pusat juga lupa untuk perjuangkan kepentingan bangsa Melayu dalam RMK10. Apakah kerana terlalu ghairah untuk menarik hati kaum Cina sehingga bangsa Melayu dipinggirkan?

Dalam konvensyen UMNO Pahang tidak lama dulu perkara sama tidak juga dibawa dalam agendanya. Nyatalah pemimpin-pemimpin Melayu hanya jadikan perjuangan Melayu sebagai satu retorik semata-mata. Klik ke blog satu nota.

Nampaknya kita terpaksa terhutang budi kepada Perkasa yang memperjuangkan apa yang pemimpin-pemimpin UMNO telah lupa untuk perjuangkannya. Mungkin benar bahawa UMNO telah terlalu lama memerintah dan semakin uzur.

Masih adakah UMNO selepas PRU13 nanti?



PERKASA ingin merakamkan rasa terharu atas prihatin YAB Perdana Menteri mendengar hasrat orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak didalam meletakkan agenda pembangunan bumiputera kedalam RMK10.

Ini jelas dilakukan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi akan diketuai oleh Perdana Menteri sendiri untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera. Majlis ini akan dianggotai beberapa menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan serta pihak swasta dan. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, akan menjadi urusetia kepada majlis ini, manakala Unit Pengurusan Projek, Kementerian Kewangan akan memantau program yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan yang efisien dan efektif.

Sesungguhya penubuhan majlis peringkat tertinggi akan dapat mengubat rasa kecewa Melayu dan bumiputra Sabah/Sarawak terhadap pembuburan MECD dahulu. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas sangat prihatin akan hal ini dan PERKASA merakam ucapan terima kasih. Selain daripada itu MPM juga mengalu-alukan sasaran 30% penyertaan Bumiputra kekal bagi semua sektor sratejik dan sektor baru

PERKASA mengalu-alukan inisiatif pertama iaitu untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera melalui penginstitusian melalui program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Tabung Haji akan diperbaharui, diperkukuh dan diperluas bagi menggembleng pelbagai dana dalam usaha memperluas pemilikan dan kawalan ekuiti bumiputera.

PERKASA mengalu-alukan inisiatif kedua untuk mempertingkatkan pemilikan hartanah bumiputera dengan penubuhan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah yang bertujuan untuk mengurangkan kekangan kepada bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri, serta mendapat faedah daripada peningkatan nilai hartanah

PERKASA mengalu-alukankan inisiatif ketiga iaitu menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera. PERKASA mengalukan peruntukan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebanyak RM3 bilion dan RM1.5 bilion untuk kemudahan pembiayaan.

PERKASA mengalu-alukankan inisiatif keempat iaitu membangunkan guna tenaga profesional bumiputera secara lebih tuntas.

Walaupun semua tuntutan PERKASA tidak dipenuhi namun PERKASA sangat berpuas hati. YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil kira resolusi-resolusi kongres dan PERKASA menyeru orang Melayu supaya terus memberi memberi sokongan yang tidak membelah bagi kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam usaha menjayakan agenda pembangunan bumiputera kedalam RMK10


PERKASA MEMPERKASAKAN MELAYU DAN PRIBUMI

Saturday, June 12, 2010 · 2 comments



Jika orang Melayu sayangkan bangsa dan agama, mereka pasti akan bersatu didalam Perkasa. Namun apa yang kelihatan adala orang-orang Melayu dari parti Pas meminggirkan diri mungkin kerana ini bukanlah idea mereka sendiri.

Mereka menuduh Perkasa didalangi UMNO dan berusaha untuk mengagalkan penyatuan bangsa Melayu. Mungkin mereka tidak sedar bahawa mereka telah dijadikan alat bangsa lain untuk memecahbelahkan bangsa Melayu sendiri.

Bukankah mereka didalam Pas senada dengan DAP dan parti lain kaum cina yang menganggap Perkasa itu rasis. Tetapi bukankah mereka juga bersatu dengan lebih kukuh didalam pertubuhan mereka yang ternyata lebih rasis lagi?

Alangkah sedihnya jika Melayu masih belum sedar bahawa kita telah dipermainkan untuk kepentingan bangsa lain.

PAS MAMPU TAWAN PAHANG JIKA...

Wednesday, June 9, 2010 · 3 comments

Kesilapan Pas/PR dalam PRU 12 yang lalu adalah kesalahan memilih calon. Jika tidak kemungkinan besar Parlimen atau pun DUN Damak sudah dapat ditawan mereka.


Banyak ahli-ahli dan penyokong Pas sendiri merasa tidak puas hati dengan pemilihan calon berkenaan. Bagaimanakah calon Parlimen dan calon DUN Damak dibiarkan dari kalangan adik-beradik? Apakah ini disengajakan atau terlepas pandang?

Bahkan calon yang bukan anak Pahang juga menjadikan alasan utama sokongan mereka berkurangan. Apakah anak Pahang sendiri tidak layak menjadi calon? Jika kita lihat di peringkat negeri, pemimpin atasan juga bukanlah dari anak Pahang. 2 persoalan yang timbul: 1) Apakah tidak ada anak Pahang atau mereka tidak layak jadi pemimpin di negeri sendiri? 2) Negeri Pahang dijadikan oleh orang luar sebagai tempat mereka mendapatkan pekerjaan kerana dinegeri mereka sendiri mereka di tolak dan tidak diingini.

Apapun, jika Pas ingin menang di Pahang, calonnya mestilah dari anak tempatan Pahang dan kepimpinan tertingginya juga mestilah anak Pahang jati. Jika tidak selama inilah Pas tidak akan mampu mengambil hati dan mendapat simnpati pengundi.

Mampukah Pas lakukan perubahan besar-besaran atau pemimpinnya masih lagi pentingkan agenda peribadinya semata-mata? Pas bukan parti yang akan menjamin kita ke syurga.

UMNO, teruslah tidur dengan lena......hahaha

BLOGGER PAHANG AKAN TETAP MANTAP

Thursday, June 3, 2010 · 8 comments


Banyak pihak memandang sinis terhadap keupayaan blogger Pahang dibawah jenama UMB Pahang. Mereka yang dimaksudkan adalah blogger dari generasi kedua yang telah berkali-kali mennyertai kursus yang dianjurkan dibawah kepimpinan mantap Dato' Sam.

Kita faham bahawa polisi UMB Pahang adalah menganjak blogger-blogger baru untuk aktif berblog, walaupun buat masa sekarang ini mereka masih belum benar-benar mencapai tahap maksimum namun adalah dijangkakan bahawa mereka akan sampai ketahap itu menjelang PRU13 nanti.

Pada masa kini antara blog-blog dibawah UMB Pahang yang dikesan sedang aktif adalah;
2. Small Talk (Ketua UMB Pahang)

Blog UMB Jerantut adalah antara blog yang dilahirkan bagi membantu UMB Pahang terus aktif berblog menjelang PRU13 nanti kerana adalah dijangkakan pada masa itu kebanyakan blogger-blogger generasi pertama Pahang sudah tidak lagi aktif berblog dan meninggalkan aktiviti berkenaan atas alasan-alasan tertentu dan tersendiri serta dipencenkan.

Di Jerantut saja sudah terdapat beberapa blog baru yang meminati penulisan politik dan isu semasa.
dan banyak lagi, sila lihat dilink blog SPU (klik sini)

Nampaknya blog-blog di Jerantut sudah bersedia menhadapi PRU13 kelak bagi memeriahkan kempen pilihanraya nanti. Adalah diharapkan akan dapat bersama-sama UMB Pahang terutamanya menentang Pahang Daily Online yang ternyata tersangat hebat dengan jumlah pembaca ribuan orang dalam masa sehari.






Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer