UMB DAN BIRO ICT PAHANG MASIH MEMBEKU SEMENTARA

Sunday, May 30, 2010 ·

UMB dan Biro ICT Pahang tidak akan mengubah polisi dengan merekrut blogger-blogger baru dan sudah tidak mengharap lagi pada blogger-blogger generasi pertama Pahang yang sudah dianggap tidak lagi relevan dalam keadaan semasa.


Ini telah diterjemahkan secara jelas apabila tidak seorangpun blogger generasi pertama yang diundang dalam perjumpaan yang diadakan baru-baru ini. UMB dan Biro ICT Pahang percaya kumpulan generasi baru blogger Pahang akan dapat dan mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari generasi terdahulu. Kita sedang menunggu waktu sesuai untuk menonjolkan diri dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun ada pendapat yang merasakan bahawa kumpulan ini tidak akan sampai kemana berdasarkan ketuanya yang masih sama dengan alasan bahawa blognya sendiri pun sudah tidak mampu diurus bagaimana untuk menguruskan organisasi yang lebih besar. Alasan itu tentunya merujuk kepada blog 'Small Talk' yang sudah patut ditalkinkan.

Selain itu, blog UMB Pahang juga ibarat hampir putus nafas, sekejap ada sekejap tidak. Dimana kah komitmennya terhadap penulisan blog menjadi persoalan umum.

Bagaimanapun segala ini adalah hanya sementara kerana kita percaya UMB masih belum ddapat sampai kepada momentumnya sebenar, berikanlah sedikit masa lagi kami akan berjaya membuat kejutan.

6 comments:

uRag dRrulug said...
May 30, 2010 at 1:02 PM  

salam,
mohonlah masuk dalam link di blog SPU Jerantut utk ddapatkan lebih pembaca.

unit media baru jerantut said...
May 31, 2010 at 9:43 AM  

Insyallah akan diusahakan bila telah bersedia kelak.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...
May 31, 2010 at 3:00 PM  

Salam UMB Jerantut,
Selamat datang datang ke dunia blogger Jerantut. Saya sudah link blog UMB Jerantut dengan blog WZWH.

unit media baru jerantut said...
May 31, 2010 at 6:29 PM  

Sdr WZWH, saya suddah semak diblog sdr, tetapi sdr tidak link, mungkin sdr bermaksud follow agaknya? Apapun, terima kasih lah

Anonymous said...
May 31, 2010 at 6:46 PM  

salam, saya berpendapat blog ini diselia oleh seorang yang sangat berpengalaman dalam berblog kerana sentuhan nya sangat berbeza, apapun saya ucapkan tahniah kerana memulakan sesuatu yang baru ~ Anak Jerantut di KL

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...
May 31, 2010 at 8:57 PM  

Salam UMB Jerantut,
Sorry, saya baru saja link blog UMB Jerantut dengan blog WZWH. Tq.

Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer