BLOGGER UMB PAHANG SEMAKIN MANTAP

Saturday, May 29, 2010 ·













































Baru-baru ini UMB dan Biro ICT Pahang telah mengadakan Majlis Perjumpaan dengan YB Dato' Mohd Shakar Bin Shamsudin di Temerloh Pahang.

Perjumpaan diadakan bagi memastikan hala tuju UMB dan ICT Pahang dapat diteruskan serta bertambah produktif dimasa akan datang.

(24/5/2010)

1. Selepas ini kita akan lihat akan banyak bercambah blog-blog yang ujud dengan pemantauan oleh Unit Media Baru Pahang. Kita akan dapati setiap daerah akan ada blog dari Unit Media Baru mereka sendiri bahkan setiap cawangan-cawang UMNO juga akan ada blog mereka sendiri.

2. Dengan seliaan UMB dan Biro ICT Pahang dibawah kendalian Dato' Sharkar dan Dato' Sam blog-blog itu nanti akan lebih hebat dalam memperjuangkan UMNO dan menangkis tohmahan lawan. Adalah diharapkan blog-blog berkenaan akan menjadi blog yang hyperaktif sepertimana blog 'Small Talk' yang sudah 4 bulan tidak diupdate-kan.

3. Dalam pertemuan tersebut tidak ada seorang pun blogger dari generasi pertama blogger Pahang yang dijemput hadir menyertai program berkenaan. Nyatalah bahawa khidmat blogger generasi pertama Pahang tidak dikehendaki dan tidak diiktiraf oleh Unit Media Baru pahang.

4. Kenyataan ini jelas apabila melihatkan link dari blog UMB Pahang yang tidak me-linkkan satu pun blog-blog dari blogger generasi pertama blogger Pahang.

5. Usaha ini adalah untuk memperkasakan dan menyatupadukan blogger Pahang supaya akan menjadi satu force yang mantap disamping memutihkan blogger pro kerajaan di Pahang. Ini seakan bermakna bahawa blog terdahulu seperti; Warisan Pahang, Sri Tri Buana, Braveheart, Aku Yang Gambi dan lain-lainnya sudah tidak diperlukan khidmatnya lagi.

6. Tanpa prejudis, sama-samalah kita tunggu hasil yang akan dibuahkan nanti.


0 comments:

Followers

About this blog

Since 29th. May 2010

Site Sponsors

chatbox


ShoutMix chat widget

comment

Visitor counter

refferer